Story Dah Best! Neelofa Dikritik Teruk Dengan Netizen, Lakonan Macam Kayu Dalam Drama Bersiri Red Velvet.


Peminat drama tempatan pasti sudah mengetahui tentang sebuah drama terbaharu di slot MegaDrama Astro Ria bertajuk Red Velvet. Drama yang menggantikan drama Awak Suka Saya Tak ini mula ditayangkan pada Isnin lepas dan akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam.
Drama adaptasi novel berjudul Red Velvet ini turut dijayakan oleh pelakon Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Alif Hadi dan Ramai Lagi.
Menggandingkan Alif Satar dan Neelofa sebagai pelakon utama, drama yang baru sahaja bersiaran tiga episod ini nampaknya menjadi buah mulut netizen. Rata-ratanya memuji lakonan bersahaja Alif Satar yang memegang watak sebagai Izzat serta memberikan komen terhadap lakonan Neelofa sebagai Helena. Antara komen mereka adalah:
“Memang tak minat tengok cerita ni..nak2 pulak neelofa yg berlakon memang tak ada feel nak tengok..anak2 pon komplen tak best citer ni sbb neelofa belakon tak best kata diaorang” – Zunairah

“Satu perkara pasal neelofa ni. Dia terlalu control percakapan, gaya macam nak nampak very the lady sangat. Tapi tak natural. Kita tengok pon geli geleman. Pelakon ni kena jadi diri sendiri. Jangan berlakon kaku dan fantasi sangat. While neelofa ni nak bercakap english manjang. Sebutan pon cover2 budu. Mana kita tak geli. Too much cringe im sorry. TOO MUCH CRINGEEE!.. mengacara best. She is not supposed to be an actress. Hosting is best for her” – Natasha
“Aliff Sattar is a natural talent. A class of his own. Lakonannya bersahaja.” – Zaiton
“Harapkan lakonan alif Je yang menghidupkan citer ni. Betullah klau amira dgn lofa perlu diperbaiki. Lainkali pilihlah pelakon yang pandai berlakon bersepah lagi ada” – Ayu
“Alif satar jak yang ok.. Yang lain smua kayu kayu dan kayu… Aduu.. Mak bapanya lagila kayu.. Sudahla muda.. Mcm dak logik..” – Anisa
Aku minat neelofa tpi bila belakon mmg out.. Tak payala belakon..jadi Pengacara je… Sorry… Eps pertama aku pula yg geram nmpk.. Cuba nonton.. Sekalinya.. Haha… Jln ceritanya sudala best…” – Siti Yanna
“kalau takde Alif satar drama ni jadi kayu…dan hambar…” – Nurin
“Saya suka tengok Alif Satar jer..lakonan dia natural..yg lain KAYU” – Nur Aida
“Alifff bess..nelofa blakon mesti nak bajet cun..tak suka..control ayu” – Cetong Comey
Biarpun mendapat kritikan netizen, harapnya drama ini terus mendapat tempat di hati peminat drama tempatan. Baru episod ketiga, pastinya lakonan Neelofa akan bertambah baik dan keserasian bersama Alif Satar akan terpancar.
Berilah mereka peluang dan ruang untuk menjayakan drama yang dikatakan bakal mencetus fenomena ini. Buat anda yang mahu menonton, drama Red Velvet bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Rid HD (123).

0 Response to "Story Dah Best! Neelofa Dikritik Teruk Dengan Netizen, Lakonan Macam Kayu Dalam Drama Bersiri Red Velvet."

Post a Comment