“Sekiranya Benar Dia Untukku, Maka Dekatkanlah Hatinya Dengan Hatiku”




Jodoh itu adalah rahsia ALLAH S.W.T, kita hanya mampu merancang dan ALLAH S.W.T yang akan menentukan jodoh pertemuan kita.
Jangan bersedih hati seandainya cinta yang terjalin akhirnya putus di tengah jalan, mungkin saja itu hanyalah satu ujian buat anda berdua. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Jangan bersangka buruk terhadap ALLAH S.W.T kerana apa yang sudah tertulis adalah yang terbaik untuk anda. Berdoa lah agar didekatkan hati anda berdua sekiranya dia benar-benar adalah jodoh anda.
Dan sekiranya sebaliknya berlaku, jangan bersedih hati kerana mungkin pasangan anda bukanlah yang terbaik untuk anda dan akan ada jodoh yang lebih baik menanti. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan begitu juga sebaliknya. janji ALLAH S.W.T itu pasti.
Jika sudah tertulis jodoh anda dengan si dia, sejauh mana pun jarak antara anda berdua, pastinya nanti akan bertemu dan bersama juga. tetapi jika sudah tertulis bahawa tiada jodoh antara anda berdua, usahalah bagaimana sekalipun pastinya tidak akan bersama.
Memang sangat sakit rasanya apabila berpisah dengan orang yang kita sayang dan cintai, apatah lagi jika cinta itu sudah lama disemai dan akhirnya berpisah. Pasti ada hikmah disebalik perpisahan tersebut, Berfikirlah secara positif dan kawal perasaan anda.
Sabar dan ikhlas dalam menjalani ujian ALLAH S.W.T, ianya menguji tahap kesabaran dan juga ketabahan anda. ALLAH S.W.T tidak akan menguji umatnya melebihi kemampuan umatnya.
Percayalah! Anda mampu harunginya, berdoalah supaya anda dapat menerima segala ujian dengan penuh rasa redha. Dengan menerima ketentuan dan redha dengan apa yang berlaku, hati anda akan mudah merasa tenang.
Cara terbaik untuk anda mengubati hati anda ialah dengan mendekatkan diri dengan ALLAH S.W.T, mungkin ALLAH S.W.T merindui rintihan dan tangisan dari hambanya dan sebab itu anda diberi ujian sedemikian. Luahkan segala rasa yang terpendam dan berserahlah kepada-NYA.
Jalani kehidupan anda seperti biasa, bangkit dari kesedihan dan jangan disebabkan cinta yang tidak kesampaian itu membuatkan anda berputus asa terhadap kehidupan anda. Bangkit dan jadikan kenangan semalam sebagai pengajaran dan sebab untuk anda menjadi manusia yang lebih baik.
Soal jodoh memang rahsia ALLAH S.W.T dan segala ketentuan adalah datang dari NYA, tapi tidak bermakna anda hanya perlu tunggu jodoh itu datang dengan sendirinya tanpa sebarang usaha. Segalanya perlukan usaha, contohnya soal duit.
Jika tidak bekerja mana mungkin duit datang dengan sendirinya melainkan anda berusaha untuk mendapatkannya. Begitu juga soal jodoh, dalam usaha mencari pengganti yang lebih baik haruslah mengubah diri kita ke arah yang lebih baik terlebih dahulu. Jodoh kita mencerminkan siapa kita.  Moga usaha kita mendapat redha illahi. InsyaALLAH.

0 Response to "“Sekiranya Benar Dia Untukku, Maka Dekatkanlah Hatinya Dengan Hatiku”"

Post a Comment