BIAR BETUL ! Doktor Ini Berani Mati Dedah Kenapa Kerajaan Memang Patut Haramkan Qu Puteh


‪#‎MERKURI_DALAM_KOSMETIK_KONSPIRASI_KKM‬?

Kadang aku tak tau nak marah atau nak gelak. Orang Malaysia ni segala benda dalam dunia ni pun nak salahkan kerajaan.

Hangpa tengok gambar di bawah. Produk kosmetik yang diumumkan larangan penjualan kerana mengandungi merkuri pun disalahkan pada KKM. Kononnya sebelum ini KKM dah beri kelulusan. Time beri kelulusan tu tak detect ke merkuri? Lalu dibuat persepsi seolah2 KKM songlap duit untuk jual kelulusan atau ada hanky panky somewhere.

Aku ingat macai ‪#‎vape‬ saja sebodoh ini, tapi rupa2nya macai kosmetik pun serupa. Mungkin kesan toksik nikotin dan merkuri sudah menjejaskan pertimbangan akal waras mereka. (Merkuri memang boleh menyebabkan masalah neuropsikiatri)

Wahai macai....KKM memberi kelulusan berdasarkan kepada produk asal yang diberikan oleh pengeluar produk. Jika content selamat, dapatlah kelulusan. Tapi ada pengeluar yang tidak jujur. 

Mereka ubah kandungan produk mereka selepas itu supaya lebih 'ummppphhh' dan ada 'kick'. KKM bertindak berdasarkan laporan dan aduan pengguna selepas itu. Dan bila didapati ia mengandungi bahan tidak selamat, maka kelulusan asal akan ditarik serta merta. KKM mengutamakan keselamatan rakyat berbanding populariti atau tajaan berjuta2 company tersebut. Inilah dinamakan profesionalisme.

Jangan ingat kelulusan asal KKM itu kekal hingga kiamat. Kelulusan ini sama macam pensijilan halal Jakim saja. Mula2 halal sebab bila Jakim kaji tiada bahan haram. Tapi check balik kemudian didapati ada bahan haram! For sure la sijil halal kena revoke kan?

Timbul pula persoalan macai...."aku pakai produk ni dah lama, tapi takde pun apa2 kesan buruk pada aku? Itu bukti produk ini teraniaya. Konspirasi utk jatuhkan bisnes orang Melayu".

Jawapan: Tak semua orang kulit kerbau macam hangpa. Ada yg sensitif dan ada yang tidak. Tapi keracunan merkuri adalah bukan perkara main2. Sungguhpun tiada kesan pada kulit, ia boleh merosakkan paru2, buah pinggang dan juga sistem saraf manusia. 

Ia berlaku dengan amat perlahan dan bertahun2 seperti kes pencemaran merkuri industri di Minamata, Jepun. Ribuan kematian akibat pencemaran merkuri ini berlaku selepas beberapa dekad pencemaran.

Merkuri merupakan bahan yang memang kerap digunakan secara salah di dalam produk kosmetik kerana ia mmg boleh menjadikan kulit merah jambu atau dikenali sebagai 'pink disease'. Timbul pula persoalan kini. 

Kenapa hanya orang Melayu suka benda2 yang merosakkan ni?

1) merempit Melayu champion. 
2) penagih dadah majoriti Melayu.
3) vape majoriti Melayu. 
4) kes buang anak pun Melayu champion. 
5) ketum pun Melayu jugak johan. 
6) HIV champion Melayu. 

Banyak lagi lah...

Tiada gunanya kita melaung2 kalimat Hang Tuah, "Takkan Melayu Hilang di Dunia".

Sebaliknya berpeganglah kepada kata2 Saidina Umar ini,

"Kita ini adalah orang-orang yang paling hina lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Kalau saja kita mencari kemuliaan pada selain Islam maka Allah akan menghinakan kita lagi."

0 Response to "BIAR BETUL ! Doktor Ini Berani Mati Dedah Kenapa Kerajaan Memang Patut Haramkan Qu Puteh"

Post a Comment