Video Sejurus Selepas JDT menang, Mia Ahmad Terus Mencium Izham… November 5, 2017

Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan kemarau 25 tahun selepas menjulang Piala Malaysia 2017 dengan menundukkan Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung  di Stadium Shah Slam, sebentar tadi.
Pasukan Harimau Selatan bermula garang selepas memperoleh gol pertama seawal minit ke-2 hasil tandukan pemain pertahanan Mohamad Aidil Zafuan Razak.
Apabila babak kedua bermula, JDT menggandakan asakan dan gawang Lang Merah dirobek sekali lagi pada minit ke-62 menerusi jaringan Gonzalo Cabrera.
Kemenangan itu menyaksikan JDT melengkapkan koleksi kejuaraan dalam tempoh empat tahun. Sebelum ini JDT telahpun memenangi Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih.
Sebaik wisel penamat ditiupkan, keputusan penuh JDT 2, Kedah 0.




Sumber – viral media johor via gempakviralz.com

0 Response to "Video Sejurus Selepas JDT menang, Mia Ahmad Terus Mencium Izham… November 5, 2017"

Post a Comment