Cetus Komen Nakal Di kalangan Netizen Apabila Fazura Berkongsi Gambar Terbaring Beliau.

Pelakon Fazura telah berkongsi gambar terbarunya di laman instagram dalam keadaan dia sedang terbaring di pusat gymnasium telah  menimbulkan polemik dikalangan peminatnya.
Fazura merupakan antara selebriti yang amat aktif berkongsi aktiviti hariannya di media sosial Instagram.Salah satu yang dikongsikan baru-baru ini, sekeping gambar menunjukkan Fazura terbaring keletihan selepas aktiviti kecergasan.
Kemungkinan Fazura berasakan tiada apa yang salahnya dengan gambar tersebut sebab dia pun bukannya memakai pakaian terdedah tapi aksi yang dikongsikan rupa-rupanya disambut dengan banyak komen nakal dan panas.

Biasalah tu sudah menjadi asam garam masyarakat kita pantang melihat aksi berlainan sikit terus melatah terutama peminat lelaki suka memberikan komen berbaur miang kerana ‘tak tahan’ melihat cara baring Fazura manakala yang perempuan pula, memberikan nasihat percuma berkaitan perasaan malu.
Fazura shares five items she can’t live without. Photo: E!

Apa pun kami pasti Fazura pernah menerima kontroversi lebih besar daripada ini jadi setakat komen-komen di Instagram tentang aksi baring pasti tak beri kesan langsung padanya.
Namun begitu diharap Fazura lebih berhati-hati untuk berkongsi sebarang gambar peribadinya di mana-mana laman sosial kerana dikhuatiri akan membuka ruang kepada peminat untuk mencetuskan kontroversi.
Sumber:http://ecarian.com/cetus-komen-nakal-di-kalangan-netizen-apabila-fazura-berkongsi-gambar-terbaring-beliau/

0 Response to "Cetus Komen Nakal Di kalangan Netizen Apabila Fazura Berkongsi Gambar Terbaring Beliau."

Post a Comment