“Hensem Ke Tak Hensem Ke Saya Sah Isteri Dia” Eina Azman Bidas Kenyataan Netizen Mengenai Suami


Nampaknya sejak berkahwin ini Datin Paduka Eina Azman semakin bahagia dan berseri-seri. Tambah lagi dikurniakan dua cahaya mata kembar yang comel, Karl Kareef dan Arianna Aubrey.
Pasti ramai yang mencemburui pelakon drama Selamat Pengantin Madu itu. Lebih-lebih lagi Eina dilihat begitu mewah setelah berkahwin dengan jejaka pilihan hati, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.
Namun, baru-baru ini ada yang menyelar suaminya tidak mempunyai rupa. Bahkan ada juga yang menulis mengenai kajian bahawa ‘wanita cantik lebih bahagia berkahwin lelaki kurang kacak’. Walaupun ia kajian umum, ada yang menggunakan gambar Eina dan suaminya sebagai contoh yang diperkatakan.
Bagaimanapun, Eina telah membidas segala tohmahan yang diterimanya selama ini dan berkata orang luar tidak tahu apa yang berlaku dalam hidupnya dan tidak sepatutnya menghakimi kehidupannya.
“You all tahu ke macam mana saya kenal macama mana husband I. You all tahu ke duit husband I banyak mana. Kurang ke, banyak ke. You all tak tahu, so you all tak perlu nak judge orang.”
Menurut Eina, walaupun ada yang mengatakan suaminya seiras Ebby Yus dan juga membangkitkan soal bangsa dan warna kulit suaminya, namun, di matanya suaminya seorang lelaki yang kacak.
Eina juga sempat menjawab mengenai netizen yang mempersoalkan agamanya apabila menyambut perayaan Deepavali bersama suami tempoh hari.
“Saya kahwin dengan orang mix, bangsa lain. So, saya kenalah menghormati agama dia (suami). Saya cuma memakai pakaian tradisi .Bukan saya pergi sembahyang kat kuil ke apa.” ujarnya
Selain itu, dia juga membidas kenyataan yang mengata bahawa dia kelihatan cantik kerana mempunyai wang. Menurutnya, dia berusaha untuk kelihatan cantik dan wang yang banyak juga tidak berguna sekiranya tiada usaha untuk mencantikkan diri.
Malah, Eina turut memberitahu bahawa dia yang akan menyediakan sendiri barang-barang keperluan suami dan anak-anaknya sekiranya mereka hendak bercuti.
Untunglah Datuk Paduka Kaiser , isteri pun cantik menawan, pandai ambil hati suami pulak tu! MH Online doakan agar hubungan ini berkekalan sepanjang hayat.



1 Response to "“Hensem Ke Tak Hensem Ke Saya Sah Isteri Dia” Eina Azman Bidas Kenyataan Netizen Mengenai Suami"

  1. Sebuah website yang hadir untuk anda semua dengan memperkenalkan situs judi online yang terbesar dan terpercaya di asia dengan kenyamanan dan keamanan yang sangat baik untuk anda semua para pecinta judi online dan juga menyediakan live result pasaran togel resmi yang ramai saaat ini di seluruh dunia
    Kunjungi Website kami di : SakongbandarQ

    https://majalahsakongbandarq.blogspot.com/2017/10/sakongbandarqcom-kumpulan-situs-judi.html

    ReplyDelete