Setelah Kalah Debat,Gadis Ini Peluk Islam Dan Nikahi Pendebat Yang Tewaskannya




Satu kisah telah menjadi viral di negera jiran Indonesia apabila seorang lelaki menikahi lawan debatnya.
Alvin Faiz yang berumur 17 tahun telah menikahi seorang gadis beranama Larissa Chou yang berumur 20 tahun selepas Larissa memeluk Islam apabila tewas berdebat dengan Alvin Faiz menerusi internet. Alvin merupakan anak kepada Ustaz Ariffin Ilham, seorang penceramah yang agak popular di Indonesia.
Mereka berdua berdebat di ruangan forum tentang pandangan mengenai agama masing-masing dan akhirnya Alvin berjaya membuka hati Larissa seterusnya membimbing gadis ini memeluk Islam. Larissa sebelum ini merupakan penganut agama Kristian.
Alvin dan Larissa diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah pada Ogos yang lalu dan kisah unik itu dikongsi oleh bapa Alvin, Ustaz Ariffin Ilham di laman Facebooknya.
Dari perkongsian Ustaz Ariffin, selain dari Larissa menantunya itu, turut memeluk agama Islam ialah ayah Larissa dan juga neneknya. Ini bermakna 3 generasi keluarga Larissa telah memeluk Islam.
Ustaz Ariffin berbangga dan bersyukur dengan peranan anaknya itu membimbing keluarga Larissa. -PENMERAHDOTCOM

0 Response to "Setelah Kalah Debat,Gadis Ini Peluk Islam Dan Nikahi Pendebat Yang Tewaskannya"

Post a Comment