Gadis Cantik Minta Putus Kerana Teman Lelaki Miskin Hanya Ada Motosikal Kapcai

Foto: Google





Gadis Cantik Minta Putus Kerana Teman Lelaki Miskin Hanya Ada Motosikal Kapcai

Materialistik dan realistik memang kerap menjadi salah satu syarat mencari pasangan.
Kisah cinta ini mungkin akan mengingatkan kita akan cinta yang sebenarnya itu tidak diukur dari kekayaan yang kita miliki.
Seorang netizen menceritakan kisahnya di sebuah forum internet. Dia menceritakan teman wanitanya dahulu adalah seorang wanita yang cantik.
Keduanya berbahagia walaupun hanya hidup sederhana.
Namun, setengah tahun terakhir ini kekasihnya menjadi terlalu materialistik, malah menolak untuk dibawa makan di warung dan akhirnya meminta memutuskan.
Lelaki ini pun bersetuju namun dia mengajak teman wanitanya untuk berjumpa kali terakhir sebelum mereka putus dan berjanji kali ini akan mengajaknya makan di tempat yang mewah.
Sebenarnya, lelaki ini memiliki latar belakang yang sangat baik. Keluarganya kaya raya, namun dia tidak pernah membiarkan kawan-kawannya dan teman wanitanya mengetahui perkara ini.
Sehingga semua orang beranggapan dia datang dari keluarga sederhana dan bekerja untuk menyara dirinya sendiri.
Ibu bapa lelaki ini juga setuju akan pandangan puteranya yang ingin hidup berdikari dan bekerja seperti pemuda seusianya.
Jadi, walaupun dia seharusnya sama sekali tidak perlu bekerja keras untuk hidup mewah, namun dia tetap menyukai hidup sebagai pekerja biasa yang penuh pencapaian.
Suatu hari, dia mengenali teman wanitanya, waktu itu teman wanitanya menerima dirinya, mereka saling jatuh cinta.
Masa awal bercinta mereka sangatlah bahagia, mereka hidup bersederhana dan tidak memerlukan banyak duit.
Mereka biasa makan di warung jalanan kerana murah dan sedap. Kadang-kadang mereka pergi menonton wayang, namun mereka tidak hidup mewah atau berfoya-foya, lelaki ini pun tidak pernah membiarkan teman wanitanya tahu keadaan keluarganya, kerana dia merasakan hidupnya sekarang sudah bahagia.
Kira-kira setengah tahun berlalu, teman wanitanya mula berubah dan terus mengeluh mengapa kawan-kawannya selalu dapat hadiah dari teman lelaki mereka dan makan di restoran mewah, sedangkan mereka hidup sangat sederhana.
Kerana berbeza pandangan inilah mereka akhirnya sering bertengkar dan teman wanitanya akhirnya meminta untuk mengakhiri hubungan.
Namun lelaki ini tahu, penyebab dari putusnya hubungan ini adalah teman wanitanya rasa dirinya tidak mampu memberikan kehidupan yang dia inginkan.
Walaupun rasa sakit hati dan kehilangan teman wanita cantik dan baik hati, namun dia ingin mengajarkan pada kekasihnya ini bahawa kekayaan bukanlah segalanya.
Apa yang teman lelakinya lakukan ini hanyalah membuktikan bahawa teman wanitanya tidak mencintai dirinya, melainkan harta yang dia miliki sahaja.
Akhirnya lelaki ini berjanji untuk memberikan makan malam terakhir yang mewah sebelum mereka putus dan wanita ini pun menyetujuinya.
Malam itu, lelaki ini memandu kereta BMW milik keluarganya dan mengenakan pakaian yang sangat rapi untuk menjemput kekasihnya.
Teman wanitanya sangat terkejut melihat semua hal ini, namun lelaki ini sangat terasa sakit hati, segala hal kecil yang dia korbankan untuk teman wanitanya tidak sebanding dengan semua ‘kekayaan’ ini.
Dia pun membawa teman wanitanya pulang ke rumah dan mengenalkannya pada ibu bapanya. Kemudian lelaki ini berkata pada papa mamanya, “Pa, ma, ini adalah kawan baik saya.” Senyuman di wajah teman wanitanya pun perlahan menghilang.
Selanjutnya mereka pun pergi makan di restoran mewah. Kemudian ketika lelaki ini menghantar teman wanitanya pulang, teman wanitanya berkata, “Maaf, aku tidak tahu”. Namun lelaki ini hanya menjawab dengan dingin, “Tidak mengapa, aku tidak mampu memberikan kehidupan yang kamu mahu.”
Lelaki ini berkata kepada teman wanitanya, “Untung aku tidak pernah memberitahu kamu soal keluarga aku.” kemudian dia pulang.
Walaupun kita tidak mampu hidup tanpa wang, namun wang itu memang bukan segalanya. Jangan sampai kita kehilangan seseorang yang kita sayangi hanya kerana wang. Jangan lupa untuk sebarkan.
Sumber: Internet

0 Response to "Gadis Cantik Minta Putus Kerana Teman Lelaki Miskin Hanya Ada Motosikal Kapcai"

Post a Comment